HOME

Sunday, August 14, 2011

CARA KEMBALI FILE YANG TERKENA SHORTCUT VIRUS


Anda pernah bukan terkena virus shortcut pada pendrive/flash drive anda? kadang-kala  anda terpaksa format kembali pendrive anda kerana beranggapan bahawa pendrive anda tadi tidak dapat diselamatkan lagi meskipun masih ada data penting anda di dalam..

Sebenarnya pendrive anda masih mempunyai data tersebut, namun akibat virus shortcut tersebut data anda disembunyikan oleh virus tersebut..
Di sini  saya akan menunjukkan cara untuk kembalikan data anda tanpa perlu format kembali pendrive anda...

1. Pertama sekali, Buka ‘run’ di start menu . (pastikan pendrive anda berada di lubang USB komputer anda)
2. Enter
3. Di ‘run’, taip cmd
4. Enter
5. Kemudian, taip attrib -h -r -s /s /d g:\*.*
 
(g: tu anda kena tukar ikut lokasi pendrive anda)
6. Enter
7. Tunggu komputer dan pendrive anda siap run
8. Setelah selesai run, buka pendrive anda dan anda akan dapat lihat kembali file anda muncul di dalam pendrive.
9. Akhir sekali anda boleh delete file shortcut yg berada dalam pendrive anda... 

SELAMAT MENCUBA..

No comments:

Post a Comment